Monday, 14 January 2013

Detik-detik Kita



Wahai teman
Inginku khabarkan bahawa kerinduan mula menyelebungi
tatkala kenangan lalu datang menghantui
adakah kamu juga begitu?

Moga berbahagialah kamu di sana
di samping keluarga yang lebih menyayangi
namun jangan sesekali lupa aku di sini
kerana aku tidak pernah lupa kamu

Aku bukanlah siapa-siapa bagi kamu
walaupun aku jarang sesekali menghubungi kamu
meskipun kita sebenarnya dekat
kerana tiada jurang dalam dunia teknologi

namun itu bukanlah caraku
aku lebih mahu merenung jauh
mengimbau kembali kenangan kita
yang telah kita corakkan bersama...

Terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup ini
terima kasih kerana sudi memberikan kenangan padaku
terima kasih untuk segalanya, wahai temanku.





Friday, 11 January 2013

Sahabat: In the Memory of C305/C405


Tidak pernah kujangka
Selama waktu ini masih bertahan
Sejauh ini masih bersama
Hanya dipertemukan atas takdir Ilahi

Pertemuan yang tidak kita pinta
Kerana misi kita hanyalah satu
Untuk menjadi penyuluh anak bangsa
Pada suatu hari nanti

Sedarkah sahabatku bahawa selama kita bersama
Bibit-bibit kemesraan mula berputik?
Kegembiraan yang dikongsi bersama
Menjadikan kita semakin serasi

Sedarkah sahabatku bahawa kita sememangnya berbeza
Berbeza asal, bangsa, adat juga budaya
Namun semua itu tidak menghalang kita
Untuk bersahabat sehingga ke hari ini

Aku tertanya-tanya
Adakah kita mampu menjadi seperti ini
Pada hari-hari mendatang?
Sehinggalah kita dengan haluan masing-masing

Adakah engkau, wahai sahabatku
Masih akan tersenyum padaku
Di suatu hari nanti
Sama seperti senyuman kau lemparkan padaku
Di saat perkenalan kita dahulu?
Masih mahukah engkau, bergelak tawa bersamaku lagi?