Tidak pernah kujangka
Selama waktu ini masih bertahan
Sejauh ini masih bersama
Hanya dipertemukan atas takdir Ilahi
Pertemuan yang tidak kita pinta
Kerana misi kita hanyalah satu
Untuk menjadi penyuluh anak bangsa
Pada suatu hari nanti
Sedarkah sahabatku bahawa selama kita bersama
Bibit-bibit kemesraan mula berputik?
Kegembiraan yang dikongsi bersama
Menjadikan kita semakin serasi
Sedarkah sahabatku bahawa kita sememangnya berbeza
Berbeza asal, bangsa, adat juga budaya
Namun semua itu tidak menghalang kita
Untuk bersahabat sehingga ke hari ini
Aku tertanya-tanya
Adakah kita mampu menjadi seperti ini
Pada hari-hari mendatang?
Sehinggalah kita dengan haluan masing-masing
Adakah engkau, wahai sahabatku
Masih akan tersenyum padaku
Di suatu hari nanti
Sama seperti senyuman kau lemparkan padaku
Di saat perkenalan kita dahulu?
Masih mahukah engkau, bergelak tawa bersamaku lagi?